Blog Ini Merupakan blog yang baru terbina bertujuan untuk berkongsikan ilmu pengetahuan tidak kiralah ilmu tentang masakankah, ilmu kehidupankah janji ILMU dan blog ini sedikit peribadi. Dunia Hiburan dan Isu-isu semasa juga akan saya letakkan ke dalam blog ini, Blog ini tiada unsur Politik yang boleh memecah-belahkan perpaduan yang telah lama dibina. Dengan adanya blog ini semoga Ilmu di dada kita semakin bertambah.
Wednesday, May 28, 2014
Lipas Masuk dalam Telinga, OMG.. Ni Kes Telinga Kotor ni atau Sebaliknya.
Hari ini tajuk blog saya mengenai telinga. kita harus bersyukur kerana diberikan telinga yang boleh mendengar bunyi alam di sekeliling kita. telinga merupakan organ pendengaran yang menukarkan gelombang bunyi kepada satu bentuk maklumat untuk disampaikan ke otak kita , oleh itu telinga hendaklah dijaga dengan rapi dan baik maksudnya pastikan telinga kita sentiasa bersih dan harus dijaga dengan baik klu boleh cuba elakkan dari gangguan bising kerana ia juga boleh mengakibatkan kerosakan terhadap telinga kita. ok direct to the point je la ye.. sbenarnya tadi pagi telinga terasa amat gatal macam ada something je ..tp selepas di garu sini sana baru terasa nikmatnya dunia hehehe tp jgan masukkan pencucuk telinga taw nnti semua tahi telinga akan tersumbat di dalam tue. ok habis je bersihkan telinga tiba2 terfikir pernah tak ada kejadian dimana ada lipas atau serangga masuk kat dalam telinga? so saya pun cubalah buka youtube pastu tetiba terjumpa tajuk lipas masuk dalam telinga, aku pun cuba lah tengok kan pastu bukan main lagi terus meremang bulu roma ku .. so korang joinla video dibawah ni dan nasihat ku utk semua dan diri sendiri pastikan persekitaran kita sentiasa bersih lebih2 lagi kat bilik tidur mana lah tau kan time kita tidur tetiba lipas masuk pastu tak keluar2 sbb dah bersarang kat dalam tue kan.. choiii geli oh.. .
Saturday, May 24, 2014
Kenapa Kita Perlu Senyum Sepanjang Masa?
1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Subscribe to:
Comments (Atom)

