Dah lama tak buka blog, apatah lagi nak menulisnya...
Sebab aku terlalu busy dengan dunia realiti sehingga aku abaikan dunia fantasi cehhh..
Hari ini aku nak share sikit menu Maggi Double kari yg selalu dimakan ketika perut lapar dan ketika membuat assignment.
Bahan2
Maggi Kari 2 Bungkus
Bawang Merah dan Putih sebiji
Minyak masak 2 sudu makan
Serbuk Kari Babas ( apa2 pun boleh) 1 sudu makan
Sos Cili 2 sudu makan ( just untuk memekatkan kuah)
Air 2 cawan ( terpulang nak banyak mana sebab korang yang nak makan :) )
Cara Penyediaan
1. Hiris bawang merah dan putih halus2
2. Panaskan Minyak dan tumis Bawang yang telah dipotong tadi sehingga kekuninggan
3. Masukkan serbuk kari Maggi dan Babas masak selama 10 saat
4. Masukkan Air dan gaul hingga sebati, apabila mula mendidih masukkan maggi.
5. Apabila Maggi dah nak masak masukkan Sos Cili.
6. Matikan Api dan siap utk dihidangkan..
Haha inilah maggi kegemaran aku hahaha sila menjamu selera ya.

No comments:
Post a Comment